Saturday 4 June 2011

sambungan...

     “Cantik la gambar-gambar ni. Boleh la aku simpan,”satu demi satu gambar yang diambil minggu lepas sewaktu menyambut hari jadi Fendi kutatap. Ternyata,Farish memang pandai mengambil gambar dan tak hairanlah kalau cita-citanya untuk menjadi seorang jurugambar yang berjaya kelak. “Mestilah cantik,aku kan hensem.” Fendi mengangkat keningnya sambil membetulkan bajunya. Aku tahu dia memang seorang yang segak dan sentiasa kelihatan kemas. Sedangkan aku seorang perempuan yang selekeh dan simple. Seorang perempuan yang tak pandai untuk bergaya. Namun,Fendi tak pernah memandang itu semua dan kami tetap menjadi sahabat baik.

   Aku menutup album gambar itu. Tidak sanggup untuk aku melihatnya. Aku melangkahkan kaki ku ke baranda. Duduk di kerusi yang ku letakkan disitu. Sewaktu aku duduk disitu aku terfikir kisah pada masa lalu. Semasa di sekolah aku selalu mendapat gula-gula HACKS. Aku pon tidak tahu dari sape. Sahabat baik aku,Syira kate mungkin dari peminat misteri aku. Ermm.. tapi sapa?? Gula-gula itu lah yang selalu aku berikan kepada Fendi dahulu jikalau dia mengantuk.Tapi aku da tahu sekarang. Aku tersenyum sendiri. Aku memandang kad yang ade pada aku. Kad itu menyatakan yang majlis tersebut akan diadakan pada 01.mei.2010. Ini bermakna,esok..!!..Malam esok majlis itu akan diadakan. Aku mungkin tidak akan berasa susah hati seperti sekarang untuk ke majlis itu jika perkara tersebut tidak berlaku. Ya, perkara itu. Aku ingat dengan jelas lagi. Seminggu sebelum kami semua akam menduduki peperiksaan SPM.

  “Apa hal kau nak jumpa aku sangat  ni? Macam ade hal penting jerk. Kau ok?” Fendi sampai ke tempat yang telah aku janjikan untuk berjumpa dengannya. Perasaanku bergolak. Perlukah aku menyatakan apa yang selama ini aku pendamkan. Aku buntu. Macam mana penerimaannya nanti? Sudikah dia terima aku??

  “Belum cuba belum tahu,Sha. Cuba  kau bagitahu dia dulu perasaan kau. Kalau dia tolak pon,at least kau tahu. Kalau kau pendam,dia tak tahu. Manalah tahu kau tak bertepuk sebelah tangan.” Kata-kata Syira semalam masih tergiang-giang di telinga aku.

  “Sha, apa yang penting kau nak cakap kat aku? Beria-ria Nampak?” soalan Fendi untuk kali kedua mematikan lamunan ku.

  “Aku cintakan kau.”3 perkataan itu keluar terpancul dari mulutku tanpa aku sedari. Entah dari mana aku punyai kekuatan seperti itu. Menyatakan apa yang terbuku dihatiku selama ini. Namun, itulah kenyataannya.

No comments:

Post a Comment