Saturday 4 June 2011

cErpEn kAu sEtIa DisIsI

Untuk yang ke sekian kali, aku masih menatap kad itu. Undangan untuk majlis reunion, dengan kawan-kawan sewaktu di sekolah menengah. Hatiku mula merasa tidak enak. Apakah aku patut pergi ke majlis itu? Rindu pada kawan-kawan tak dapat dibendung  lagi. Tapi aku juga tidak mampu untuk menghadapi satu kenyataan lain. Kenangan yang sukar untuk aku lupakan hingga ke hari ini. Walau sudah 5 tahun kami tidak bertemu, namun segala kenangan yang pernah tercipta tidak mungkin akan aku lupakan begitu saja.

  Aku letakkan kad tadi di atas katil yang bercadar pink itu dan aku melangkahkan kaki ke rak yang terletak di penjuru bilik tidurku. Aku mengambil album gambar  yang ada di atas rak tersebut. Album yang berwarna ungu itu ku pandang dengan pandagan yang sayu. Banyak kenangan yang berlaku dengan gambar tersebut. Aku melihat gambar dalam album tersebut dari satu helai ke satu helai. Dan bibirku menguntum senyuman apabila aku melihat telatah yang mencuit hati ketika di bangku sekolah dulu. Macam-macam gaya dan kami masih kelihatan seperti kanak-kanak walau umur sudah 17 tahun waktu itu. Mungkin kerana mase kami lebih banyak di abiskan bersama kerana kami tinggal di sekolah asrama penuh. Jadi, dunia luar kami tidak ambil tahu. Dan senyuman ku terhenti tatkala aku melihat sekeping gambar. Gambar yang membawa seribu pengertian.

  Dan dengan sendirinya kenangan itu menerjah kotak ingatan ku.

  Cheese!” Aku dan Fendi menyebutnye serentak. Sesaat kemudian, flash daripada kemera yang berada ditangan Farish kelihatan. “Rish, cantik tak gambar tadi?” Aku menyoal Farish kemudiannya. “Weh minah, manalah aku tahu. Nanti esok lusa bila da cuci, ko tahu la cantik ke tak. Apa ko ingat aku ni magicman ke?”. Filem tadi sudah digulung oleh Farish. Berhati-hati farish menyimpan filem itu kembali ke dalam kotak filem. Fendi masih tercegat di tempat tadi. Hanya memerhati. “Laa..aku tanya jerk. Kan kau yang ambik gambar kami tadi, mesti la ko tahu shoot  tu elok ke tak. Itu pon nak hot ke bro. Eh, bila ko nak cuci gambar tu? Nanti bagi kat aku erk? Aku nak simpan.” Mulutku tak henti-henti bercakap sambil tangan ku ligat menyimpan sisa makanan kami sebentar tadi. Hari ini hari jadi Fendi yang ke 17.12 jun. Sudah menjadi kebiasaan untukku menyambut hari lahirnya kerana kami cukup akrab.

Walaupon setiap kali hari jadiku tibe, kami tidak dapat menyambutnye kerana hari ku jatuh pada masa cuti sekolah. Namun,aku tidak kisah kerana Fendi tidak pernah lupe untuk wish  kepada ku. Walaupon dia tidak pernah menghadiahi aku sesuatu tetapi bagiku itu sudah cukup. Dengan dia mengingati hari jadiku it upon sudah membuatkan aku gembira.

  “Hujung minggu ni kami keluar, kami cuci. Kau  jangan lah risau. Nanti aku cuci setiap gambar tu 2 keping.” Aku tersenyum dengan kata-kata yang diucapkan Farish tu. Aku hanya mengganguk dan kembali mengemas meja yang berselerak. Sudah tentu setiap gambar dicuci 2keping kerana satu untuk aku dan satu lagi untuk simpanan Fendi.10 minit kemudian,Kami berlalu pergi dari Taman Mesra Alam dan menuju ke asrama masing-massing. Aku puas.

   “Aku nak gula-gula dua. Ngantuk lah,Sha.”Aku memandang secebis kertas yang dihukurkan fendi kepadaku secara senyap-senyap itu. Bimbang sekiranya cikgu Bahasa Melayu, Puan Lisa perasan. Aku tersenyum memandang wajahnya yang jelas kelihatan mengantuk. Matanya yang kuyu bertambah kuyu lagi. Aku meraba-raba poket baju kurung sekolahku,mencari gula-gula yang sering ku bawa dan sering ku berikan kepadanya kerana aku tahu,dia pasti mengantuk dalam kelas. Malah,sudah menjadi kebiasaannya meminta sesuatu daripadaku. Aku menghulurkan 3 biji gula-gula HACKS kepadanya berserta dengan nota kecil. “Muka kau cukup tak hencem bila kau mengantuk. Come on la,Fendi. Jom kita bet . kalau kau berjaya untuk tak tido dalam kelas yang berbaki lagi 35minit ni,aku belanja kau makan mee sup kat kantin. Amacam?”

  Aku melihat Fendi menunjukkan ibu jarinya,tanda dia setuju. Dan ternyata,duit aku melayang lagi hari ini karana Fendi mahu 2 mee sup dan aku hanya mampu berlapar apabila RM5.00 yang kubawa habis di tangannya saja. Namun,aku tetap tak kisah kerana aku sayangkannya!

No comments:

Post a Comment